-ABITSON ANAK KUMBONG (D20211100027)
MENILAI PELAKSANAAN SATU (1) DASAR PENDIDIKAN DI MALAYSIA DARI ASPEK PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN
Dasar pendidikan dibentuk bagi mewujudkan
satu sistem pendidikan kebangsaan untuk menggantikan sistem pendidikan
vernakular (Dasar penjajah British) agar dapat merialisasikan matlamat negara.
Terdapat empat dasar utama dasar pendidikan negara iaitu Dasar Kebajikan, Dasar
Solusi, Dasar Kawalan dan Dasar Inovasi. dasar pendidikan di Malaysia juga
bertujuan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik, menyelesaikan segala
permasalahan yang berlaku dalam pendidikan, mendisipilin dan memberi
pembaharuan dalam pendidikan. Hasil daripada dasar-dasar pendidikan tersebut
wujud banyak dasar-dasar pendidikan di Malaysia seperti Dasar Memartabatkan
Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan Dasar Satu Murid Satu
Sukan (1M1S). Terdapat pelbagai langkah dan strategi untuk mencapai matlamat
dasar pendidikan tersebut seperti
penggunaan bahasa kebangsaan (bahasa Malaysia) sebagai bahasa pengantar utama.
Dalam penilaian satu dasar pendidikan di Malaysia dari aspek pelaksanaan dan
pencapaian, saya memilih Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) untuk dinilai.
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) merupakan satu dasar yang mewajibkan setiap murid
meenyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar 1M1S ini
menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang berhasrat untuk
melahirkan insan yang seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dasar
ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya
melibatkan di dalam sukan. Bakat murid yang berpotensi pula akan digilap dan
dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS). Justeru melalui dasar
ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti
sukan sepanjang tahun. Konsep dasar 1M1S telah digubal untuk menyokong FPK agar
dapat memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari segi
penglibatan dalam sukan. Antara objektif pelaksanaan dasar ini ialah membentuk
budaya sukan dalam kalanagan murid, mememenuhi naluri semulajadi murid dalam
aktiviti fizikal, mewujudkan landasan kearah kecemerlangan sukan dan
sebagainya.
Program
sukan sepanjang tahun yang merangkumi sukan untuk semua dan sukan untuk
kecemerlangan telah dilaksanakan untuk mencapai objektif dasar 1M1S. Program
ini memberi kesedaran kepada murid bahawa sukan merupakan satu aspek yang
penting kepada murid. Dalam hal ini, program sukan umum sepanjang tahun
termasuklah latihan rumah sukan, merentas desa, kejohanan balapan dan padang
dan lain-lain. Program ini menyedarkan murid tentang sukan bukan semata-mata
untuk mengisi masa lapang namun ianya telah memberi banyak kebaikan kepada
mereka. Sebagai contoh, murid yang terlibat dalam sukan yang dianjurkan akan mendapat
sijil dan meluaskan pengalaman dalam diri mereka. Hal ini dikatakan demikian
kerana murid yang cemerlang dalam sukan sudah semestinya akan mewakili sukan
tersebut ke peringkat seterusnya. Pengalaman murid yang terlibat tersebut,
secara tidak langsung akan membentuk insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Hasil daripada pelaksanaan dasar ini akan dapat
menghasilkan murid yang seimbang kerana seperti bukan sekadar mementingkan
aspek pelajaran namun mengutamakan kedua-dua aspek pendidikan dan sukan.
Selain
itu, bagi mencapai objektif dasar ini kelab sukan dan permainan sepanjang tahun
juga diwujudkan mengikut ketetapan masa yang sepatutnya seperti 90 minit
seminggu untuk sekolah menengah dan 60 minit seminggu untuk sekolah rendah.
Program ini membolehkan semua murid terlibat dalam latihan pelbagai permainan
dan modified games seperti
menambahbaikan sukan asal masyarakat di negara kita mengikut peredaran semasa
agar murid dapat memupuk minat dalam sukan tersebut. Seterusnya program ini
juga dalam menarik minat murid kerana mereka turut terlibat dalam program untuk
memartabatkan sukan asal di negara kita dan secara tidak langsung juga mereka
akan mendalami sukan dan permainan yang mereka terlibat. Hasil daripada program
ini, murid akan terbiasa untuk melibatkan diri dalam setiap kelab sukan dan
permainan walaupun hanya satu jam sahaja. Secara tidak langsung juga program
ini akan meningkatkan interaksi murid di sekolah dan dapat mengurangkan tekanan
dalam diri mereka dan pembelajaran. Oleh itu, program ini wajar untuk
diteruskan kerana ianya bukan sekadar meningkatkan kenalan murid di sekolah,
namun dapat mewujudkan suasana yang harmoni di sekolah kerana interaksi antara
guru dan murid juga dapat ditingkatkan.
Di
samping itu, program sukan dalaman sepanjang tahun juga dilaksanakan untuk
mencapai objektif pelaksanaan dasar 1M1S. Sukan dalaman merupakan pertandingan
sukan antara rumah sukan, pertandingan kelas atau tingkatan dan pertandingan
dorm di antara asrama. Hasil daripada program ini murid akan meningkatkan
disiplin dalam diri selain daripada memupuk nilai persaingan secara bersih
kerana setiap pertandingan yang mereka terlibat ada peraturan yang telah
ditetapkan dan wajib mengikuti setiap keputusan juri atau pengadil pertandingan.
Program ini juga secara tidak langsung akan meningkatkan semangat kesukanan
dalam setiap murid dan dapat meningkatkan kecergasan atau keaktifan murid yang
terlibat. Hal ini dikatakan demikian kerana murid yang terlibat akan diminta
untuk bekerjasama dalam pertandingan untuk mencapai satu kemenangan dalam
pertandingan yang dijalankan. Seterusnya, dasar 1M1S sukan juga akan memberi
peluang kepada murid yang mempunyai bakat dalam sukan mewakili sesuatu sukan ke
perringkat yang lebih tinggi seperti mewakili daerah, negeri dan negara. murid
yang terlibat dalam sukan ke peringkat yang lebih tinggi tersebut akan
meningkatkan nama baik sekolah dan nama baik negara.
Kesimpulannya,
sememangya dasar ini mampu meningkatkan minat murid dalam aktiviti sukan kerana
ianya membolehkan murid menghayati nilai sebenar sukan. Dasar Satu Murid Satu
Sukan merupakan dasar yang membantu mencapai hasrat FPK yang ingin
menyeimbangkan aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam diri murid. Dasar
ini yang dilaksanakan di peringkat sekolah merupakan waktu yang sesuai untuk
memupuk minat murid untuk menceburi bidang sukan. Dasar ini wajar diteruskan
kerana ianya akan melahirkan murid yang seimbang dari aspek akademik dan sukan.
Comments
Post a Comment