Hubungkait Di Antara Falsafah Pendidikan, Dasar Pendidikan Dan Sistem Pendidikan Ke Arah Kemantapan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia
- EVELYN MARIA A/P JOSEPH (D20211100024)
HUBUNGKAIT DIANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN, DASAR PENDIDIKAN DAN SISTEM PENDIDIKAN KE ARAH KEMANTAPAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Menurut Al -Ghazali (1982) pendidikan merupakan proses bagi melatih akal, jasmani dan moral individu agar menjadi manusia yang berguna dunia dan akhirat. Secara jelasnya, Pendidikan sebagai satu proses mendidik sehingga seseorang yang didik memperoraleh keilmuan tinggi agar memupuk dan menanam amalan sahsiah yang baik. Memang tidak dapat dinafikan bahawa, konsep bagi falsafah Pendidikan, dasar Pendidikan dan sistem Pendidikan mempunyai definisi tersendiri namun begitu ketiga-tiga komponen ini saling kait dengan pelaksanaanya ke arah pelaksanaan pendidikan yang sempurna, bertaraf dunia dan memperitngkatkan lagi sistem pendidikan di Malaysia agar dapat bersaing dengan ngara maju terutamanya pada zaman modenisasi ini.
Pada umumnya, yang pertama menurut Kementerian Pelajaran Malaysia Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Aristotle pernah mengatakan bahawa falsafah adalah ilmu kebenaran dan diperolehi oleh seseorang dengan ilmu metafizik, logic, retorik, etika, estetika, ekonomi dan politik.
Antara cabang-cabang falsafah Pendidikan ialah
metafizik, axiologi, logik, dan epistemologi. Bagi definisi metafizik ialah
cabang fassafah uang mengkaji tentang perkara seperti sifat reality, apa yang
wujud di dunia ini dan susun aturnya, tambahan pula axiologi adalah aspek etika
dan estetika. Manakala logik menerangkan
hubungan antara idea-idea di samping memberi alas an bagi jawapan yang diberi
akhir sekali epeistemologi ialah berfokuskan penanalisian, penghasilandan
tuntutan ilmu. Secara tidak langsung, falsafah
pendidikan merupakan hala tuju atau panduan terhadap isu yang berhubung kait
dengan pendidikan. Matlamat pendidikan sesebuah negara adalah berdasarkan
falsafah pendidikan yang telah ditetapkan.
Berdasarkan falsafah pendidikan yang telah ditetapkan maka segala
perancangan dalam pendidikan termasuk penetapan dasar-dasar, pengisian program
pendidikan, penentuan isi kandungan kurikulum, serta aspek pelaksanaan kurikulum dan lain -lain.
Selain daripada itu, dasar Pendidikan ialah pada era menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di
kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya adanya satu
sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi
memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan
(Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan
Pelajaran, 1957. Seperti diketahui,
dasar dasar pendidikan boleh dilihat dan ditekankan pada peringkat awal
kanak-kanak menurut tokoh.hal ini terjadi disebabkan pendidikan dapat
dilaksanakan apabila seseorang itu mampu berfikir dari segi mental dan fizikal,
rohani dan jasmani. Oleh itu, seseorang mampu diklasifikasikan bahawa pendidikan amatlah dominan
pada peringkat awal kanak-kanak.
Konsepnya saling kaitan ini apabila hubungkait di antara falsafah ialah
mencari dan membuktikan kebenaran serta memberi arah tujuan atau pedoman untuk
perkara-perkara yang penting. Manakala pendidikan ialah proses atau aktiviti
untuk mengembangkan JERIS. Singkatan bagi JERIS ialah jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial. Hal ini bertujuan untuk menambah kemahiran,kebolehan dan
pengetahuan supaya dapat memberi kebahagian, faedah dan kemajuan dalam hidup
serta bertindak secara rasional untuk diri sendiri. Sebagai contoh, dasar di Malaysia ialah Dasar
Pecah dan Perintah, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Inovatif, Dasar
Liberalisasi dan sebagainya.
Antara strategi-strategi telah digubal untuk mencapai
matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan misalnya menjadikan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang sama
dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi
semua, melicinkan tatacara pengurusan Pendidikan dan banyak lagi. Konklusinya, Dasar
Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara
buat masa ini dan masa hadapan.
Akhirnya, sistem Pendidikan merupakan Sistem
Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi
Pendidikan Kerajaan terdiri daripada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, Pendidikan
menengah dan pendidikan lepasan menengah. Sistem pendidikan yang di jalankan di
Malaysia lebih teratur dan sistematik berbanding dengan negara luar. Menurut Kementeria Pelajaran Malaysia (1992),
Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi
Pendidikan Kerajaan terdiri daripada pendidikan prasekolah iaitu Program
pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun, kedua pendidikan
rendah iaitu kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi
tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima
hingga tujuh tahun, ketiga sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan dan
seterusnya pendidikan menengah pendidikan yang terdiri daripada pendidikan
menengah rendah dan menengah atas.
Dengan ini, pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada sekolah akademik, sekolah teknik dan vokasional, dan sekolah kebangsaan agama. Justeru itu, pendidikan lepas menengah dimana pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi. Selanjutnya, persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.yang ditubuhkan adalah Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas manakala Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.
Rumusnya, Falsafah Pendidikan merupakan tunjang utama
dalam membantu pembangunan pendidikan. Oleh itu, dasar-dasar dan sistem ini
yang memainkan peranan penting yang
telah diwujudkan bagi memastikan pendidikan selaras dengan pembangunan bagi
mencapat matlamat Pendidikan. Memang
jelas bahawa, ketiga-tiga komponen ini mempunyai saling kaitan dan matlamat
penting dalam memajukan Pendidikan terutamanya bertanggungjawab memenuhi
kewajiban sebagai seorang warganegara.
Comments
Post a Comment